Saturday, August 8, 2009

Hello pembaca !!!!

2,3 minggu kebelakangan ini Team sebenarnya dalam keadaan memerah otak untuk mencari bisnes baru selain mengekalkan sedia ada bisnes lama. Sebenarnya ada banyak yang bermain dalam fikiran kami tetapi sekarang kami sudah “membeli” filter (penapis) untuk idea-idea bisnes baru.Haha

great_idea

Kalau anda hendak tahu, sekarang semua idea kami perlu memenuhi kriteria berikut:
1) Terbukti
2) Boleh diuji
3) Kesenangan
4) Hasil yang boleh dijangka
5) Faedah berpanjangan
6) Relevan

Mana dapat kriteria tu?
Haa…Adalah. Belajar dan membacalah. Sebab tu kena banyak membaca. Hehe

Ok, baiklah, hanya idea yang memenuhi semua kriteria diatas sahaja yang membolehkan kami untuk proceed. Untuk memberi anda betul-betul faham, berikut saya buatlah sedikit penerangan.

1) Terbukti
Maksudnya pembeli begitu desperate atau mempunyai specific need
produk yang boleh ditawarkan sebagai contohnya seperti seks, wang, kegembiraan, kesihatan dan lain-lain.

2) Boleh diuji
Boleh diuji seperti dgn PPC untuk mengetahui viability.

3) Kesenangan
Mudah untuk dilaksanakan. Sebagai contohnya, produk dan website boleh
disiapkan dalam masa sebulan. Kalau lama sampai 2,3,4 bulan, kami akan ketepikan dahulu idea tersebut.

4) Hasil yang boleh dijangka
Hasil daripada niche tersebut boleh dijangka. Selalunya anda boleh tahu dengan melihat kepada kepada penjual lain dan produk sedia ada di pasaran.

5) Manfaat berpanjangan
Mesti mempunyai back end produk serta sales funnel. Jangan fikirkan 1 off sahaja jualan anda.

6) Relevan

Relevant kepada kekuatan yang anda miliki. Maksudnya boleh dileverage dengan
pengetahuan sekarang atau kekuatan dalam niche sekarang untuk niche baru tersebut.

Bagaimana? Susah kan?

Sebenarnya tidaklah sukar jika anda duduk dan mengambil masa untuk menyenaraikan idea-idea dan buat tapisan untuk 6 kriteria diatas. Walaupun 6 kriteria diatas nampak agak mengada-ngada tetapi sekurang-kurangnya, anda boleh menapis idea anda.

Bukanlah semata-mata mendapat idea dan terus implement. Jika anda tidak mencukupkan syarat 6 kriteria diatas, ada kemungkinan anda akan membazir banyak masa dan tenaga membuat sesuatu yang tidak memberikan pulangan yang setimpal.

Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment



Dengan adanya program seperti ini, Kerajaan Pakatan Rakyat akan dikenali rakyat dan kesannya memudahkan pentadbiran Kerajaan.


MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH



Untuk Tempahan mengiklankan Perniagaan anda bolehlah hubungi UKS;-


No talian 0174696052 atau

Followers